awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada peruntukan Peguam Negara perlu Melayu - Hanipa

Sinar Harian
Sinar Harian
03/06/2018
04:53 MYT
Tiada peruntukan Peguam Negara perlu Melayu - Hanipa
Hanipa berkata tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan seorang Peguam Negara mesti seorang Melayu dan Islam. -Gambar fail
Semua pihak perlu berlaku jujur dengan pemilihan Peguam Negara dan tidak menjadikan soal kaum sebagai isu.
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata ini kerana tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang atau Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan seorang Peguam Negara mesti seorang Melayu dan Islam.
“Jadi, saya fikir ketinggian dan semangat Perlembagaan Persekutuan sebagai kontrak sosial perlu dan wajar dihormati dan dilindungi. Selanjutnya, kita kena juga lihat sejarah sebelum ini.
“Bukankah Peguam Negara yang sebelum ini yang dilantik oleh BN adalah seorang Melayu dan Islam? Tapi, lihatlah kerosakan yang beliau telah lakukan ke atas reputasi dan nama baik institusi Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
BACA: Lantikan Peguam Negara, apa kata istana?
Memetik laporan Malaysiakini, kerajaan Pakatan Harapan dikatakan telah mencadangkan peguam veteran, Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara.
Menurut sumber, nama Tommy telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong minggu lalu.
Bagaimanapun, Mesyuarat Majlis Raja-Raja dikatakan menggesa nama diberikan untuk jawatan itu adalah daripada orang Muslim.
Mengulas lanjut, Mohamed Hanipa berkata, beliau menyokong sepenuhnya cadangan pemilihan Tommy.
“Calon tersebut bagi saya, bukan sahaja berpengetahuan dan berpengalaman mendalam dalam undang-undang.
"Lebih penting, setakat yang saya kenal beliau adalah seorang peguam senior yang berintegriti amat tinggi iaitu ciri penting yang perlu ada bagi seorang Peguam Negara,” katanya.
Topic Berkaitan
#kontrak sosial
#Melayu dan Islam
#Mohamed Hanipa Maidin
#Peguam Negara
#Perlembagaan Persekutuan
#Tommy Thomas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan