awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar pesan Ahli Parlimen kerajaan bahas dengan baik - Fahmi
Enam maut dalam kebakaran pusat beli-belah Karachi
Ahli politik Jerman gesa tentera AS keluar susulan kenyataan Trump mengenai tarif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada peruntukan, tanah bawah bidang kuasa persekutuan - Baru

Bernama
Bernama
05/11/2018
22:04 MYT
Tiada peruntukan, tanah bawah bidang kuasa persekutuan - Baru
Baru Bian menjelaskan tiada peruntukan khusus diberikan dalam Belanjawan 2019 berhubung perkara berkaitan tanah yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan. -Gambar fail
Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian menjelaskan tiada peruntukan khusus diberikan dalam Belanjawan 2019 berhubung perkara berkaitan tanah yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.
Baru, yang juga Menteri Kerja Raya berkata sebarang peruntukan, sekiranya diberikan, merupakan bonus berdasarkan publisiti meluas diberikan terhadap proses ukur Tanah Adat Hak Bumiputera (NCR) di Sarawak yang dijalankan mengikut Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak.
"Saya geli hati dengan hakikat bahawa sesetengah orang begitu cepat membuat kesimpulan terhadap isu ini dan menuding jari kepada kerajaan Persekutuan atas ketiadaan peruntukan khusus dalam belanjawan untuk menjalankan kerja ukur tanah NCR.
"Melihat kepada kritikan mereka, mereka beranggapan kerajaan Pakatan Harapan tidak peduli tentang tanah NCR rakyat dan tidak melayannya sebagai isu penting," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Beliau berkata isu ukur tanah NCR bagi rakyat adalah tidak sepenting pengiktirafan terhadap hak milik mereka ke atas tanah NCR mereka.
"Ini kerana NCR tetap wujud sama ada ia diukur atau tidak - kewujudannya tidak timbul daripada kerja ukur. Saya mengekalkan pendirian saya bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf sepenuhnya NCR penduduk peribumi Sarawak, meskipun Akta Kanun Tanah (Pindaan) 2018 telah diluluskan pada Julai tahun ini," katanya.
Dalam Belanjawan 2019, kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM4.34 bilion bagi Sarawak sebagai dana pembangunan, meningkat sebanyak RM10 juta daripada tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bajet 2019
#Baru Bian
#Belanjawan 2019
#kerajaan Persekutuan
#Menteri Kerja Raya
#NCR
#PKR SARAWAK
#Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak
#Tanah Adat Hak Bumiputera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan