Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiada PKPD diisytihar di Batu 11, Kuantan - MKN

Tiada PKPD diisytihar di Batu 11, Kuantan - MKN
Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur menafikan dakwaan terdapat satu kematian akibat COVID-19 di Sentul Boulevard. - Gambar Instagram @kkmm_gov
KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah diisytiharkan di kawasan Batu 11, Kuantan, Pahang.

Penafian itu dikeluarkan menerusi kenyataan Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Selangor, dalam kenyataan sama, turut menafikan dakwaan bahawa video yang memaparkan warga asing menunaikan solat berjemaah di Padang Bola MBSA, Kampung Baru Sungai Buloh berlaku sewaktu tempoh PKP.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur turut menafikan dakwaan terdapat satu kematian akibat COVID-19 di Sentul Boulevard.
Sebaliknya, menurut laporan, kes kematian di situ diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga menafikan pernah mengeluarkan kebenaran kepada mana-mana syarikat menjual kit ujian pantas COVID-19.
“Orang ramai diingatkan agar berwaspada terhadap jualan kit tersebut di laman sosial dengan mendapatkan maklumat lanjut daripada KKM,” katanya.
.