Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia pada Jumaat mengeluarkan tiga penafian terhadap beberapa kenyataan yang tular di media sosial dan di aplikasi pesanan ringkas.

Ia termasuk melibatkan kenyataan kononnya Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba membuat rakaman lagu raya semasa negara berdepan wabak COVID-19.

Selain itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor menafikan mesej berangkai berhubung terdapatnya kes positif COVID-19 di Jalan Budiman, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Dalam masa sama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban turut menafikan dakwaan berhubung pengesahan cop dan kelulusan kelepasan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“IPD Seremban menafikan dakwaan bahawa orang ramai boleh mendapatkan pengesahan cop dan kelulusan kelepasan berhubung PKP di Bahagian Pengurusan Seremban, IPD Seremban,” kata kenyataan itu lagi.

.