awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan tidak berkompromi terhadap ekstremisme agama
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Pilihan Raya DBKL: Adakah pemilihan jamin ketelusan, bebas pengaruh asing? - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada RCEP jika tidak adil - Tun Mahathir

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
15/11/2018
11:25 MYT
Tiada RCEP jika tidak adil - Tun Mahathir
Dr Mahathir ketika menghadiri Mesyuarat ASEAN Campur Tiga (APT) Ke-21 sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Suntec Singapura hari ini. - BERNAMA
Tun Dr Mahathir Mohamad kekal dengan pendirian tegasnya bahawa Malaysia tidak akan bersetuju dengan tawaran perdagangan yang mempunyai kelompongan.
Perdana Menteri berkata, tindakan untuk tidak menandatangani Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) merupakan langkah bagi mengelakkan sebarang konflik dalam negara berlaku.
"Kadang kala, hubungan antarabangsa ditafsirkan secara berbeza oleh sebahagian kelompok masyarakat.
"Kita tidak boleh menerima sesuatu yang dengarnya munasabah untuk sesebuah negara lain tetapi bukan bagi sebilangan besar rakyat di negara kita.
"Kita ingin mengelakkan sebarang konflik berlaku susulan tindakan kita bersetuju dengan idea pihak luar," katanya ketika ditemui media seiring Sidang Kemuncak ASEAN Ke-33 di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan wartawan berkenaan laporan Bernama bahawa Malaysia tidak akan menandatangani RCEP jika ia tidak dilaksanakan dengan adil.
Dilancarkan pada 2012, RCEP adalah perjanjian ekonomi terbesar dunia, meliputi hampir setengah ekonomi global.
Ia membabitkan 16 negara – 10 negara anggota ASEAN bersama dengan enam negara Asia Pasifik iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.
Rundingan berkenaan perjanjian perdagangan bebas (FTA) itu pada mulanya dijadualkan untuk dimuktamadkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-33, di sini.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Mahathir Mohamad
#perdagangan
#RCEP
#Sidang Kemuncak ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan