Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Tiada rusuhan berlaku di Batu Caves seperti yang ditularkan - Polis

Tiada rusuhan berlaku di Batu Caves seperti yang ditularkan - Polis
Video yang tular memaparkan pertengkaran antara beberapa individu dan anggota Imigresen. - Ihsan pembaca
GOMBAK: Polis menegaskan tiada rusuhan yang berlaku di Batu Caves seperti yang didakwa dalam penularan sebuah video di media sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung video berkenaan.

Video yang berdurasi 58 saat itu tular sejak 14 Februari lalu yang mendakwa berlakunya kejadian 'rusuhan' membabitkan anggota Pihak Jabatan Imigresen ketika menjalankan operasi di Batu Caves.

Bagaimanapun, polis jelas Arifai, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian rusuhan seperti yang didakwa.
"Merujuk kepada video tular Operasi Jabatan Imigresen pada 14 Februari 2020, jam lebih kurang 10.30 malam, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai wujudnya kejadian rusuhan seperti yang dinyatakan.

"Apa yang berlaku adalah pertengkaran antara pihak Imigresen dan beberapa orang lelaki yang tidak puas hati
dengan kehadiran mereka di kuil tersebut semasa sesetengah penganut masih beribadat dan membeli-belah pada saat akhir perayaan Thaipusam.
"Tiada sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dialami oleh mana-mana pihak," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Polis tambahnya, telah melancarkan operasi bagi memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas di sekitar Batu Caves sejak lima Februari lalu sehingga kini.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan mahupun menyebarkan berita yang tidak benar demi menjaga keharmonian pelbagai kaum dan sensiviti masyarakat.


Tag: Tular, video, Batu caves, Thaipusam, Polis Diraja Malaysia, PDRM, Jabatan Imigresen, Operasi, Media Sosial, Keharmonian, Siasatan, Keselamatan



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.