awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sebab Belanjawan 2021 ditolak - Tengku Zafrul

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
14/11/2020
05:44 MYT
Tiada sebab Belanjawan 2021 ditolak - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz optimis Belanjawan 2021 akan diterima kerana ia memberi fokus dalam membantu rakyat dan menjana semula ekonomi negara.
Menurut beliau, belanjawan yang dibentangkan pada Jumaat lalu adalah untuk memulihkan semula kedudukan ekonomi negara.
"Saya optimis belanjawan yang memberi fokus kepada rakyat dan menjana semula ekonomi negara ini akan diluluskan (di Dewan Rakyat).
"Kalau belanjawan ini dapat menolong negara, tiada sebab kita tolak," katanya dalam sidang media di Wisma Bernama di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, sekiranya belanjawan berkenaan gagal mendapat sokongan Ahli Parlimen, ia akan memberi kesan kepada perbelanjaan mengurus negara.
"Dari segi ekonomi, kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan.
"(Dan) kalau tidak lulus (kita) tidak dapat bayar komitmen seperti gaji (penjawat awam) dan bantuan kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, Belanjawan 2021 juga dilihat akan memberi kesan positif sebanyak 4 peratus kepada unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun hadapan.
“Prestasi Malaysia adalah lebih baik dirantau ini berbanding negara lain, malah negara maju juga mengalami penguncupan seperti di negara Eropah.
"Jika dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara, prestasi kita adalah lebih baik," katanya.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#Belanjawan 2021
#Menteri Kewangan
#Dewan Rakyat
#belanjawan ditolak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan