awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiada sebab untuk saya menangkap Tun Mahathir' - KPN

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
08/07/2015
03:51 MYT
'Tiada sebab untuk saya menangkap Tun Mahathir' - KPN
KHALID: Tiada sebab untuk saya menangkap Tun Mahathir. Pada saya itu saranan nakal. - Gambar Fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau tidak perlu menuruti saranan orang lain yang memintanya untuk menahan atau menangkap individu tertentu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan media berkaitan saranan beberapa pihak tertentu yang meminta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ditangkap berikutan beberapa dakwaan yang menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya pun tak tahu apa punya saranan. Ada orang yang menyarankan saya menangkap orang itu dan orang ini.
“Tiada sebab untuk saya menangkap Tun Mahathir. Pada saya itu saranan ‘nakal’. Saya tak perlu layan saranan-saranan sebegitu,” kata beliau.
Khalid berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Op Selamat 7/2015 sempena Hari Raya Aidilfitri, di ruang legar Stesen KL Sentral.
Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Datuk Saifuddin Abdullah meminta Ketua Polis Negara, menahan Dr Mahathir.
Menurut beliau, jika benar Dr Mahathir adalah dalang yang menuduh perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil wang dari 1MDB, pihak berkuasa sepatutnya tidak berlengah untuk membuat tangkapan.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#KPN
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan