awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada sekatan CCRIS untuk pembelian rumah pertama bagi peminjam PTPTN - Zuraida

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
10/07/2019
08:46 MYT
Tiada sekatan CCRIS untuk pembelian rumah pertama bagi peminjam PTPTN - Zuraida
Zuraida bercakap pada Persidangan Hartanah Hi Home. -Foto Astro AWANI
Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam dalam rekod Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) akan dikecualikan daripada sekatan untuk pembelian rumah pertama.
Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, perkara berkenaan akan diumumkan secara rasmi selepas pelancaran Skim Perumahan Belia pada pertengahan Oktober ini.
Zuraida berkata perkara itu telah dibincangkan bersama Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan bulan lalu menerusi perbualan telefon.
“Mana-mana pembeli rumah pertama atau graduan yang disenaraihitamkan oleh CCRIS, boleh dikecualikan daripada senarai tersebut.
"Maknanya untuk yang ingin beli rumah, beli rumah sahaja, kereta tidak boleh,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Sidang Akhbar Persidangan Hartanah 'Hi Home' di Kelab Tasik Diraja, Taman Tasik Perdana, di sini.
Turut hadir, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hartabumi.com, Radzi Tajuddin.
Persidangan Hartanah Hi Home bakal melancarkan Ekspo Hartanah Online (www.HiHomes.my) selama tiga bulan berakhir 31 Oktober ini.
Sebanyak 100 projek perumahan di seluruh negara, dengan separuh daripadanya adalah projek rumah mampu milik, bakal ditawarkan sepanjang ekspo yang dianggarkan bernilai RM3.4 bilion.
CCRIS merupakan sistem dikawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengumpul maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta.
Topic Berkaitan
#CCRIS
#Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
#PTPTN
#senarai hitam
#Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat
#Skim Perumahan Belia
#Wan Saiful Wan Jan
#Zuraida Kamaruddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan