Tutup

Tiada sisa toksik dalam kes terbaharu sekolah di Pasir Gudang - Ketua Polis Johor

Tiada sisa toksik dalam kes terbaharu sekolah di Pasir Gudang - Ketua Polis Johor
Alat pengesan gas berbahaya yang digunakan ketika pemeriksaan pencemaran di SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. - Foto JBPM/Fail
JOHOR BAHRU: Polis Johor mengesahkan tiada pembuangan sisa toksik dikesan berhubung kes melibatkan 33 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih yang mengalami muntah dan loya pada Rabu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

"Setakat ini, tak ada (pembuangan sisa toksik).

"Saya telah bercakap dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Seri Alam, setakat ini tiada pembuangan sisa toksik di mana-mana berkaitan dengan insiden yang terbaharu," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Pada Rabu, 33 murid sekolah tersebut mengalami simptom muntah dan loya selepas terhidu bau busuk.

Kesemua mereka dirawat di Klinik Kesihatan Pasir Gudang.
BACA: Bomba sahkan SK Taman Pasir Putih bebas pencemaran udara

Sehingga kini, punca kejadian masih belum diketahui.

Bagaimanapun, difahamkan ia terjadi disebabkan bau dari loji kumbahan yang terletak berdekatan dengan sekolah berkenaan.