Universiti Malaya (UM) menegaskan, mereka tidak pernah mengarahkan sukarelawan pelajarnya, melaksanakan sebarang bentuk pemeriksaan kesihatan ke atas pelajar yang baru pulang atau berasal dari China, yang kembali meneruskan pengajian di semester baharu ekoran penularan virus COVID-19.
Dalam satu kenyataan hari ini, UM menjelaskan kesemua proses pemeriksaan kesihatan yang dilaksanakan menerusi Prosedur Pengawasan Terpusat yang dijalankan di Kolej Kediaman ke-10 (KK10) itu, dilakukan sepenuhnya oleh pasukan perubatan UM di bawah Klinik Kesihatan Pelajar, yang terdiri daripada pegawai perubatan dan ahli paramedik.
"Dalam masa yang sama, terdapat sekumpulan 14 orang sukarelawan pelajar, yang asalnya berada di KK10 bagi memberi perkhidmatan sukarela mereka, bagi program yang berbeza.
"Namun apabila universiti mengambil keputusan untuk melaksanakan prosedur Pengawasan Terpusat ini, mereka secara sukarela menawarkan diri untuk membantu atas dasar kemanusiaan," menurut kenyataan itu.
Jelasnya lagi, para sukarelawan pelajar itu telah diberikan tugas membantu urusan pendaftaran dan periksa masuk, iaitu penyerahan kunci bilik kepada para pelajar yang akan melalui prosedur Pengawasan Terpusat tersebut.
"Perlu ditegaskan bahawa mereka tidak pernah diarah melaksanakan sebarang bentuk proses pemeriksaan kesihatan.
"Dalam masa yang sama, penglibatan dan peranan yang dimainkan para sukarelawan juga telah diambil alih secara beransur-ansur oleh kakitangan universiti, bagi memberikan mereka ruang persediaan sebelum kuliah bermula, dan sebagai langkah pengawalan risiko," jelas kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan sebuah media tempatan dan penularan fakta yang tidak benar, mengenai pendekatan UM dalam menguruskan penularan virus COVID-19.
Laporan itu menyebut sejumlah 550 penuntut dari China yang pulang ke kampus itu mendaftar pada 5 Feb lepas, dan sukarelawan tidak diberi latihan khusus bagi mengendalikan penuntut China, terutamanya selepas isu COVID-19.
UM dalam kenyataan balas itu turut menjelaskan kesemua petugas dan sukarelawan telah diberikan taklimat, berhubung tatacara pencegahan dan kawalan penyakit, termasuk dibekalkan dengan topeng muka dan bahan pembersih tangan, di samping memastikan kawasan bekerja para petugas dan sukarelawan, adalah bersih dan terkawal.
Pihak universiti juga telah mengambil inisiatif untuk sentiasa berkomunikasi dengan seluruh warga kampus, bagi memaklumkan perkembangan terkini pendekatan pengurusan penularan virus COVID-19, yang diambil oleh UM dengan setakat ini, sebanyak 18 komunikasi emel telah dikeluarkan universiti kepada warga kampus, bagi tujuan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 16 2020
UM tidak pernah mengarahkan sukarelawan pelajarnya, melaksanakan sebarang bentuk pemeriksaan.
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.
Agong harap lebih banyak syarikat China melabur di Malaysia
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara.
'Tanah Besar China, Taiwan sedarah sedaging' - Presiden Xi
Tanah Besar China dan Taiwan sedarah sedaging dan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan harus ditangani dengan menjaga kepentingan keseluruhan dan memacu pembangunan untuk jangka masa panjang.