Tiada syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini yang terbabit dalam penjualan data peribadi pelanggan hingga disalahgunakan oleh sindiket penipuan siber.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata data peribadi pelanggan itu berkemungkinan diperoleh daripada pihak lain seperti penjualan produk atau mereka yang menjalankan kaji selidik.
"Kalau ada, kita sudah tahu. Setakat ini, kita tak mendengar apa-apa seperti orang kata yang syarikat telco menjual maklumat peribadi pengguna. Kita pasti benda itu tidak berlaku," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyertai program Kayuhan Berbasikal Amal Al-Hilmi bersama pengasas Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Baitul Al-Hilmi, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim bersempena sambutan Hari Polis ke-210 di Kampung Sawa, Slim Village di sini hari ini.
Program kayuhan amal tersebut merupakan kolaborasi Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Baitul Al-Hilmi dengan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muallim dan Majlis Daerah Tanjung Malim bagi mengumpul dana untuk pengoperasian asrama baharu Baitul Al-Hilmi.
Acryl Sani berkata terdapat empat cara dalam jenayah siber iaitu penipuan urusniaga dalam talian, 'Love Scam', pelaburan skim cepat kaya dan terbaharu, penyamaran panggilan sebagai kakitangan agensi kerajaan atau pihak bank menggunakan nombor telefon 'sebenar' yang dipalsukan bagi mengaburi penipuan.
"Mana ada pihak bank yang membuat pindaan butiran melalui telefon. Mereka bijak mengambil kesempatan daripada tindak balas mangsa yang terkejut atas perkara itu," katanya.
Malah, beliau turut mendapati ada peningkatan laporan polis berhubung sindiket penipuan berikutan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
Biarpun berbuih nasihat dan amaran diberi polis, wanita tempatan berusia sekitar 30-an ke atas merupakan sasaran paling mudah sindiket itu menerusi pelbagai cara.
"Contohnya dalam Love Scam, ada lagi mangsa dengan mudah tergoda dan cair pada paras rupa suspek yang menyamar sebagai lelaki kacak melalui laman sosial Facebook dan aplikasi internet lain.
"Kebiasaan mangsa diperdaya apabila buah hati warga asing itu mendakwa ada mengirim hadiah berharga ke negara ini sebelum menerima panggilan diarah membuat bayaran cukai tertentu bagi mendapatkan kiriman bungkusan hadiah itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2017
Data peribadi pelanggan itu berkemungkinan diperoleh daripada pihak lain seperti penjualan produk atau mereka yang menjalankan kaji selidik. - Gambar hiasan
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Google akan musnah berbilion data pengguna dikumpul melalui inkognito Chrome
Google didakwa boleh mengenal pasti kawan seorang pengguna, hobi, makanan dan filem kegemarannya, yang dipantau tanpa pengetahuannya.
Meta FB didenda AS$13.5 juta di Australia kerana kelirukan pengguna
Syarikat induk Facebook, Meta didenda AUD20 juta (AS$13.5 juta) kerana mengelirukan pengguna.
MySejahtera diserang 1.12 juta kali, tiada ketirisan data - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiada ketirisan data direkodkan melibatkan pengguna aplikasi MySejahtera.
JKPK KSj kemuka syor untuk tangani jenayah siber, 'scammer'
MOF juga perlu meningkatkan jumlah peruntukan untuk melaksanakan audit keselamatan terhadap infrastruktur dan sistem ICT.
Data kekal selamat, jamin lindungi pengguna - CEO TikTok
Malah, Shou Zi Chew turut menafikan dakwaan bahawa aplikasi TikTok berisiko kepada keselamatan negara.
TikTok lancar Projek Clover, tangani kebimbangan isu keselamatan
Projek clover bertujuan meyakinkan Ahli Parlimen Eropah bahawa TikTok adalah selamat.
Siasat segera kes kebocoran maklumat pengguna - KKD
Dua agensi iaitu CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi dipertanggungjawab melakukan siasatan.
Syarikat telekomunikasi Thailand nafi data pengguna bocor
Katanya, data itu hanya menunjukkan keseluruhan gambaran penggunaan internet tanpa mendedahkan maklumat sensitif atau peribadi pengguna.
Fahami panduan khidmat perayauan untuk elak kejutan bil
Pengguna disaran mengambil langkah berhati-hati jika ingin menggunakan data internet semasa berada di luar negara.
Pelabur, pembuat dasar dan pengiklan beri tekanan kepada Facebook
Zuckerberg didesak beri keterangan secara peribadi di Washington bagi menjelaskan tindakan lanjut syarikatnya bagi memperbetulkan keadaan.