Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengeluarkan sebarang surat peringatan kepada timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilaporkan gagal menghadiri beberapa mesyuarat biro politik parti itu.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim berkata pada masa ini, pihaknya tidak mempunyai sebab munasabah untuk mengambil tindakan terhadap Mohamed Azmin.
"Tidak ada surat peringatan yang kita keluarkan kepada timbalan presiden, sebab dia tidak buat apa-apa (perkara) yang perlu kita keluarkan surat minta penjelasan.
"Urusan (tidak hadir mesyuarat) itu bukan urusan atau bidang Lembaga Disiplin, itu urusan Setiausaha Agung PKR (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Biro Politik PKR, di sini, pada Rabu.
Ahmad ditanya mengenai ketidakhadiran Mohamed Azmin pada beberapa mesyuarat PKR, sebelum ini.
Dalam pada itu, Ahmad berkata Lembaga Disiplin PKR tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas Pengerusi PKR Selangor, Amirudin Shari dan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Ahmad berkata setakat ini, Biro Politik PKR berpuas hati dengan kandungan surat penjelasan kedua-dua mereka yang turut disertakan dengan permohonan maaf, berhubung kenyataan mengenai video seks yang dikaitkan dengan seorang menteri.
Pada 25 Julai lepas, Lembaga Disiplin menghubungi Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor, dan Farhash serta beberapa anggota parti yang lain berhubung kenyataan dikeluarkan mengenai isu video lucah itu yang tular di media sosial pada Jun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 21 2019
Mohamed Azmin gagal hadir pada beberapa mesyuarat PKR sebelum ini. - Gambar fail
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Kongres Nasional PKR labuhkan tirai hari ini
Majlis yang bermula 9 pagi itu akan didahului dengan ucapan aluan Pengerusi Tetap merangkap Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Ahmad Kassim.
Saya belum terima surat pemecatan - Zakaria
Beliau yang baru kembali dari luar negara berkata beliau hanya mendapat berita mengenai pemecatannya pada Ahad lepas melalui media.
Tiada tindakan terhadap Azmin kerana gagal hadir mesyuarat PKR
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR berkata pada masa ini, pihaknya tidak mempunyai sebab munasabah untuk mengambil tindakan terhadap Mohamed Azmin.