awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tian Chua ditahan reman bantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan

Sathesh Raj
Sathesh Raj
20/03/2015
07:04 MYT
Tian Chua ditahan reman bantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan
Polis hari ini menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua bagi membantu siasatan berhubung pembabitannya dengan perhimpunan #KitaLawan. - Foto Astro Awani/ SHAHIR OMAR
Polis hari ini menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua bagi membantu siasatan berhubung pembabitannya dalam perhimpunan #KitaLawan baru-baru ini.
Tian Chua, 51, yang juga Ahli Parlimen Batu, hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar 11.30 pagi untuk memberikan keterangan sebelum ditahan.
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvam yang berada di luar balai polis turut memaklumkan kepada pihak media mengenai penahanan terbabit.
Tian Chua
Tian Chua
Polis hari ini menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua bagi membantu siasatan berhubung pembabitannya dengan perhimpunan #KitaLawan.-Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah menerusi Facebook berkata, Tian Chua akan dibawa ke balai polis Jinjang petang ini.
“Polis akan merekodkan keterangan Tian Chua pada pukul 3 petang hari ini. Dia akan ditahan sehingga esok. Pendengaran mengenai lanjutan tahanan reman akan dilakukan esok jam 10.30 pagi,” kata Wan Azizah lagi.
Lewat malam tadi sekumpulan anggota polis dilaporkan telah cuba menahan Tian Chua di kediamannya. Namun tiada penahanan dilakukan selepas rundingan berlangsung.
Turut hadir memberikan keterangan di Balai Polis Dang Wangi hari ini adalah Ketua Pemuda PSM K.S. Bawani.
Bawani, 29, bagaimanapun dilepaskan selepas sejam kemudian.
Bawani (kiri) bersama-sama Sin Yew
Bawani bersama Sin Yew dan Arul
Bawani (kiri) dilihat ketika tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk memberi kenyataan tentang perhimpunan #KitaLawan.- Foto Astro AWANI/SATHESH RAJ
Menurut Bawani keterangan yang diberikan adalah berkaitan perhimpunan #KitaLawan.
Beberapa individu yang ditahan berkaitan perhimpunan #KitaLawan sebelum ini adalah Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrul Razi, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli, penyelaras PKR Jingga-13 Mohd Fariz Musa, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, pemimpin PKR Kelana Jaya, Saifullah Zulkifli, ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong dan ahli PKR Subang S. Jayathas.
Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Mandeep Singh juga pernah direman untuk siasatan berkaitan perhimpunan yang sama.
Topic Berkaitan
##KitaLawan
#Dang Wangi
#PKR
#Tian Chua
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan