awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tian Chua, Hishamuddin Rais antara aktivis dilarang ke luar negara

Anthea Yap
Anthea Yap
23/07/2015
03:30 MYT
Tian Chua, Hishamuddin Rais antara aktivis dilarang ke luar negara
Tian Chua dan Hishamuddin Rais juga perlu merujuk kepada Jabatan Imigresen jika mahu ke luar negara.
Jabatan Imigresen Malaysia menghalang seorang lagi pemimpin pembangkang dan tiga aktivis daripada meninggalkan Malaysia.
Mereka adalah ahli parlimen Batu, Tian Chua, aktivis Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim, lapor The Malaysian Insider.
Semalam, ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tidak dibenarkan keluar dari negara ini.
Sebelum ini, Tony Pua yang dihalang pihak Imigresen daripada meninggalkan negara di KLIA2, berkata tindakan itu sebagai salah guna kuasa.
Beliau yang pada awalnya merancang untuk ke Yogyakarta, Indonesia atas urusan kerja telah dihalang untuk menaiki pesawat yang dijadual berangkat pada kira-kira jam 3.15 petang.
Pua berkata halangan tersebut mungkin berpunca daripada kritikannya terhadap 1MDB, namun beliau menuntut jawapan mengenai alasan sebenar halangan itu dan pihak yang bertanggungjawab memberi arahan berkenaan.
Manakala Rafizi pula menerima maklumat itu daripada laman semakan Jabatan Imigresen.
“Saya baru sahaja dimaklumkan tentang halangan meninggalkan negara yang dikenakan Tony Pua atas penglibatannya mendedahkan skandal 1MDB.
“Susulan itu, saya telah menyemak status saya di laman web Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapati status senarai hitam saya adalah sama seperti status Saudara Tony Pua," katanya dalam satu kenyataan media semalam.
Topic Berkaitan
#Hishamuddin Rais
#Tian Chua
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan