Naib Presiden PKR, Chua Tian Chua dinasihatkan untuk tidak membuat penafian terhadap penglibatannya dalam mengatur pertemuan antara Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Tian Chua harus bersedia untuk memberi keterangan kepada pihak polis kelak.
"Jangan nafi melalui media. Beri keterangan nanti kepada polis," kata Ahmad Zahid, dalam satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Tian Chua, yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu menafikan penglibatannya susulan dakwaan Ahmad Zahid.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China pada awal Isnin.
Beliau, sebelum ini mengulas tindakan Nurul Izzah mengadakan pertemuan itu amat tidak dialu-alukan dan seolah-olah mencabar kedaulatan negara.
Nurul Izzah pada pertengahan November telah dikaitkan dengan satu pertemuan dengan Jacel iaitu anak perempuan kepada Jamalul Kiram dipersoal beberapa ahli politik negara termasuk daripada pembangkang. Gambar pertemuan itu telah dimuat naik oleh Jacel pada Nov 9 di akaun Facebooknya.
Pertemuan tersebut telah dibidas kerana dikhuatiri melukai perasaan penduduk Sabah terutamanya di Lahad Datu yang menerima kesan buruk insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina pada 2013, berikutan arahan Jamalul Kiram.
Sehubungan itu, Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Japiril Suhaimin telah menggesa kerajaan negeri Sabah mengharamkan kemasukan Nurul Izzah ke negeri tersebut selepas tersebarnya gambar beliau yang diambil sewaktu pertemuan itu, yang mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.
BACA: Nurul Izzah perlu minta maaf kepada rakyat Malaysia Sabah - Rahman Dahlan
Hafiz Marzukhi
Mon Nov 23 2015
, Tian Chua, yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu menafikan penglibatannya susulan dakwaan Zahid.
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.