Sudah tiba masanya Malaysia mengorak langkah membangunkan pusat penyelidikan vaksin dan menghasilkan vaksinnya sendiri sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi ancaman penyakit berjangkit yang dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan ekonomi dan kesihatan negara.
Mengutarakan cadangan itu, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM), Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, buat masa ini, negara mengimport sepenuhnya bekalan vaksin daripada syarikat antarabangsa dan pelbagai negara, dengan kos ratusan juta ringgit setiap tahun.
"Kita tidak ada kemampuan (daripada aspek infrastruktur) untuk hasilkan vaksin, untuk penyakit jangkitan yang melibatkan manusia, tidak ada satu pun syarikat di Malaysia atau pusat penyelidikan yang membangunkan apa-apa vaksin di Malaysia.
"Ini bidang yang Malaysia telah lama masih tidak berkecimpung, telah tiba masanya kerajaan Malaysia menumpukan pembangunan vaksin supaya mempunyai keupayaan untuk keluarkan vaksin sendiri bagi tujuan 'health and economic securities'," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, beliau khuatir ketiadaan vaksin yang dihasilkan oleh Malaysia sendiri bagi melawan sesuatu penyakit pada masa hadapan boleh mengundang kerugian besar kepada negara termasuk dalam sektor ekonomi sekiranya wujud wabak penyakit seperti yang berlaku semasa jangkitan virus Nipah pada 1999.
Beliau berkata, virus Nipah selain meragut 105 nyawa, turut mengakibatkan kerugian besar kepada negara dari aspek ekonomi.
"Jadi sampai sekarang, kita masih tidak ada vaksin yang kita bangunkan untuk virus Nipah, jika sekiranya ia berulang, kita terpaksa bergantung dengan negara lain, begitu juga dengan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), negara lain telah bangunkan vaksin tapi penyelidikan untuk pembangunan vaksin itu masih tidak ada di Malaysia," katanya.
Ahad lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang mempertimbang untuk melancarkan pakej rangsangan ekonomi tempatan berikutan cabaran yang dihadapi negara akibat penularan COVID-19.
Pada 2003, berikutan wabak SARS, kerajaan ketika itu juga mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM8.1 bilion bagi mengharungi kesan wabak SARS kepada ekonomi negara.
Dr Sazaly berkata, ketika ini ada sebuah syarikat di dalam negara yang membangunkan vaksin untuk jangkitan koronavirus tapi hanya untuk ayam dan vaksin keluaran Malaysia itu turut dieksport ke pelbagai negara.
"Mereka ada vaksin jadi maknanya kebolehupayaan untuk mengeluarkan vaksin untuk koronavirus itu ada di Malaysia tapi bukan untuk manusia, untuk haiwan saja khasnya untuk ayam," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, ketika ini Indonesia, Thailand dan Vietnam sudah pun mempunyai kemudahan, keupayaan dan kebolehan untuk membangunkan vaksin sendiri dan Malaysia sepatutnya turut mencontohi mereka.
Beliau khuatir misalnya jika berlaku wabak influenza besar-besaran di dunia, negara akan terpaksa bergantung kepada ihsan syarikat antarabangsa dan negara lain untuk mendapatkan bekalan vaksin.
Sedangkan, perlu diingat bahawa kebiasaannya sesuatu negara akan mengutamakan keperluan vaksin di negaranya sendiri terlebih dahulu ataupun vaccine self-sufficiency sekiranya berlaku sesuatu wabak, kata beliau.
Ditanya sekiranya Malaysia memiliki sumber tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam penghasilan vaksin, beliau mengiyakan perkara itu dan menambah, apa yang penting sekarang adalah kesediaan dan sokongan kerajaan untuk membangunkan fasiliti dan kemudahan berkenaan.
"Apa yang penting penekanan dan sokongan kerajaan untuk bangunkan bidang pengilangan, pembuatan vaksin, macam UM telah ada kolaborasi dengan Amerika Syarikat untuk membangunkan vaksin tetapi kita tidak boleh terus melangkah ke depan lagi sebab tak dapat sokongan.
"Macam saya di UM saya sudah hantar kakitangan pergi belajar macam mana buat vaksin di Amerika Syarikat, tapi apabila mereka balik sini kita tidak boleh mengembangkan (apa yang mereka belajar) sebab tidak ada penekanan dan program khusus menjurus kepada pembangunan vaksin, dipanggil vaccine self-sufficiency untuk Malaysia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 12 2020
Menurut Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata, buat masa ini, negara mengimport sepenuhnya bekalan vaksin daripada syarikat antarabangsa dan pelbagai negara, dengan kos ratusan juta ringgit setiap tahun.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.