awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tiba-tiba dia ambil mancis dan bakar kereta'

Angelina Sinyang
Angelina Sinyang
20/02/2020
06:32 MYT
'Tiba-tiba dia ambil mancis dan bakar kereta'
Tiba di tempat kejadian, tiba-tiba lelaki terbabit telah mengambil mancis dan bertindak membakar kereta dinaiki. - Foto JBPM Sarawak
Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai mengalami masalah mental bertindak membakar kereta dinaiki bersama rakannya ketika dalam perjalanan mahu dihantar pulang ke negaranya di Kilometer 20, Jalan Sarikei-Sibu berhampiran Jambatan Nyelong No. 2 di sini pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Superintenden Awang Arfian Awang Bujang berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.20 pagi.
Menurutnya, kejadian berlaku semasa rakan senegara kepada lelaki yang berasal dari Sambas, Indonesia itu mahu menghantarnya pulang ke kampung setelah diberhentikan kerja kerana mempunyai masalah mental.
"Tiba di tempat kejadian, tiba-tiba lelaki terbabit telah mengambil mancis dan bertindak membakar kereta dinaiki.
"Mujur rakannya sempat menariknya keluar dari kereta dan mereka terselamat,” katanya ketika dihubungi di sini.
Awang Arfian berkata, suspek telah ditahan oleh polis dan akan dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, sejurus menerima laporan daripada orang awam, 11 anggota bomba bersama sebuah jentera telah dihantar ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.
"Operasi memadam mengambil masa 25 minit dan kereta itu gagal diselamatkan kerana sudah terbakar 100 peratus,” katanya.
Topic Berkaitan
#bakar kereta
#bomba
#Hospital
#Indonesia
#kebakaran
#kereta
#operasi
#polis
#Sarikei
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan