awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak ada keperluan kaji semula lantikan ratu transgender - Dr Dzul

Aida Aziz
Aida Aziz
11/07/2019
14:41 MYT
Tidak ada keperluan kaji semula lantikan ratu transgender - Dr Dzul
Pelantikan Rania sebagai ahli CCM mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan beberapa pihak yang menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan itu. --fotoBERNAMA
Tiada keperluan untuk mengkaji semula lantikan Ratu Trans Woman 2017, Rania Zara Medina sebagai ahli Jawatankuasa Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) Malaysia bagi penggal 2019-2021 kerana ia mematuhi peraturan sedia ada.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan cadangan dari pihak tertentu berhubung perkara tersebut.
"Tidak perlu membuat kajian balik. Yang pastinya, cara lantikan itu adalah amalan sejak zaman berzaman, daripada pentadbiran dahulu dan mengikut cara dan prosedur operasi standardnya (SOP).
"Dibuat satu peraturan yang sangat baik, proses yang sangat cermat. Jadi, tak perlu ada apa-apa pertimbangan semula. Kerana, ia telah mengharungi segala peraturan.
"Sesiapa pun boleh beri cadangan, kita tetap terbuka. Kita akan pertimbangkan. Tetapi untuk hari ini, ia dibuat dengan cara begitu tertib dan mematuhi segala SOP," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Program Ikon Gigi Orang Asli (iGG-OA) Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), di sini, hari ini.
Pelantikan Rania sebagai ahli CCM mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan beberapa pihak yang menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan itu.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye yang juga pengerusi CCM dilaporkan berkata, sebagai keperluan Global Fund, anggota CCM terdiri daripada 25 orang yang mewakili pemegang taruh seperti agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan wakil komuniti daripada populasi sasar.
Populasi sasar ini termasuk Transgender, Men-sex-with-men, Female sex worker, 'People who use drug' dan People Living With HIV/AIDS (PLHIV).
CCM di negara ini ditubuhkan atas keputusan Jemaah Menteri pada 2009 untuk menangani penyakit HIV/AIDS melalui sumbangan daripada Global Fund.
Topic Berkaitan
#AIDS
#CCM
#Dzulkefly Ahmad
#Global Fund
#HIV
#Jawatankuasa Mekanisme Penyelarasan Negara
#kaji semula
#Lee Boon Chye
#pelantikan
#populasi sasar
#Rania Zara Medina
#Ratu Trans Woman
#SOP
#transgender
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan