awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak ada pengesahan rasmi Agong berkahwin - Tun M

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
29/11/2018
11:50 MYT
Tidak ada pengesahan rasmi Agong berkahwin - Tun M
Sultan Muhammad V (kiri) menerima hormat diraja pada istiadat perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2018 di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya pada 31 Julai lalu. - BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak menerima sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Istana Negara mengenai dakwaan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah berkahwin.
Beliau dilihat enggan mengulas lebih lanjut kerana tidak mengetahui atau dimaklumkan mengenai dakwaan perkahwinan yang tular di media sosial baru-baru ini.
"Saya tidak tahu, saya tidak ada pengesahan rasmi, jadi saya tak boleh kata apa-apa," katanya apabila ditanya media di Lobi Parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan portal media antarabangsa yang mendakwa Sultan Muhammad V telah berkahwin dengan bekas ratu cantik Miss Moscow 2015, Oksana Voevodina di Barvikha, Rusia.
Sejak minggu lalu, beberapa gambar perkahwinan menunjukkan lelaki mirip baginda mengenakan persalinan baju Melayu lengkap berwarna biru tersebar di media sosial.
Topic Berkaitan
#agong kahwin
#agong malaysia
#Moscow
#Russia
#Sultan Muhammad V
#Tun Mahathir
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan