Seorang guru sekolah tahfiz di Selangor ditahan reman selama seminggu atas dakwaan melakukan seks luar tabii terhadap seorang pelajarnya.

Suspek yang merupakan guru berusia 21 tahun itu mula melakukan kesalahan itu pada awal Mei lepas dan kejadian berterusan selama beberapa kali sebelum aduan dibuat oleh pelajar tersebut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, selepas disoal siasat, pelajar berusia 14 tahun itu mendakwa suspek meminta untuk melakukan aktiviti seks luar tabii untuk mengelakkan dari guru berkenaan tersinggung.

"Namun pada 26 Jun lepas, pelajar itu nekad menceritakan kejadian kepada keluarganya di Johor kerana takut untuk pulang ke sekolah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Tangkapan dibuat pada 11 Julai di Ampang dan suspek kini direman sehingga 17 Julai depan.