Seorang pekerja swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencederakan isterinya dengan mencekik leher dan menumbuk mulut.

Tertuduh, Mohd Khairulnizam Shaari, 32, membuat pembuat pengakuan itu di hadapan Majistret Analia Kamaruddin sebaik pertuduhan dibacakan.

Dia didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan tangan dengan mencekik leher dan menumbuk mulut isterinya berusia 28 tahun di sebuah rumah di Bukit Katil, jam 7 pagi, Isnin lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A kanun sama.
Bapa kepada dua anak itu boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM4,000 jika sabit kesalahan.

Majisteret Analia membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.