awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak munasabah ganti minyak sawit dengan alternatif lain - RSPO

Luqman Hariz
Luqman Hariz
06/11/2019
03:13 MYT
Tidak munasabah ganti minyak sawit dengan alternatif lain - RSPO
Van Der Sluijs berkata sawit menghasilkan minyak yang lebih banyak yang bermakna ia tidak perlu ditanam semula dengan kerap. - Gambar hiasan
Minyak sawit tidak sesuai digantikan dengan minyak yang dihasilkan daripada tanaman lain.
Menurut Ketua Operasi Eropah Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO), Dr Inke Van Der Sluijs, tiada bukti saintifik yang menunjukkan minyak sawit adalah kurang lestari berbanding alternatif lain.
Van Der Sluijs berkata sawit menghasilkan minyak yang lebih banyak yang bermakna ia tidak perlu ditanam semula dengan kerap.
Ia juga bermakna sawit tidak memerlukan penggondolan hutan secara meluas.
Katanya, ini membuktikan bahawa kelapa sawit adalah tanaman yang mampan dan sesuai digunakan untuk memenuhi permintaan dunia.
“Kelapa sawit adalah tanaman yang mengeluarkan hasil sangat tinggi, empat hingga sepuluh kali lebih produktif daripada minyak sayuran lain.
“Oleh itu, bukanlah satu penyelesaian yang mampan untuk menggantikan minyak sawit dalam produk makanan, rumah, penjagaan diri mahu pun kegunaan harian yang lain,” katanya.
Van Der Sluijs berkata demikian ketika menghadiri Persidangan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RT17) di sini pada Selasa.
RT17 mengumpul peserta industri sawit dunia termasuk penanam, pengeluar dan peruncit bagi membincangkan amalan perladangan kelapa sawit lestari.
Sementara itu menurut Pegawai Kelestarian Kanan Sime Darby Plantation Berhad, Rashyid Redza, semua alternatif minyak sawit memerlukan penebangan hutan yang lebih meluas.
Dengan penghasilan lebih 15 peratus daripada bekalan minyak sawit lestari global, Sime Darby Plantation adalah pengeluar terbesar komoditi itu di dunia.
“Jika anda mahu menghentikan penggunaan minyak sawit di Eropah, ia perlu diganti dengan minyak lain seperti minyak sawi, soya atau jagung,” kata Rashyid.
Katanya, minyak tanaman lain akan turut berdepan kebimbangan sama seperti penebangan hutan dan penjejasan alam sekitar.
“Tanaman lain juga memerlukan lebih banyak hektar tanah untuk menghasilkan jumlah minyak yang sama seperti kelapa sawit. Ini bererti lebih banyak hutan akan ditebang,” katanya.
Setakat ini, kira-kira 92 peratus daripada minyak sawit yang dihasilkan di seluruh dunia mempunyai pensijilan mampan dari RSPO.
Topic Berkaitan
#Dr Inke Van Der Sluijs
#Ketua Operasi Eropah Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari
#minyak kelapa sawit
#minyask sawit
#RSPO
#Sime Darby
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan