Golongan pelajar di negara ini tidak dihalang dari berbicara tentang politik, namun kewujudan cawangan parti politik di universiti awam dilihat sebagai tidak perlu buat masa ini.

Hal itu diluahkan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad, yang tidak bersetuju Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda untuk membolehkan cawangan parti politik ditubuhkan.

"Tiada halangan untuk mereka bercakap tentang politik. Tetapi tidak perlulah (tubuhkan cawangan)," kata beliau ringkas.

Beliau ditemui pada majlis penganugerahan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) di ibu negara, hari ini.

Seramai 29 saintis, jurutera dan pakar teknologi terkemuka negara dipilih sebagai felo baharu ASM, yang dipilih dari lapan sektor antaranya IT, Matematik, Perubatan dan Sains Sosial.