Tutup

TIDAK RASMI: Anwar kembali ke parlimen

TIDAK RASMI: Anwar kembali ke parlimen
Sehinnga pukul 7.20 petang, bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya memperolehi 73 undi.
KUALA LUMPUR: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson setakat ini menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya.

Menurut Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil, sehingga pukul 7.33 malam, Anwar sudah jauh meninggalkan pesaingnya dan hampir pasti kembali ke parlimen Isnin nanti.
Menerusi akaun twitternya, Fahmi memuatnaik keputusan tidak rasmi yang mana Anwar  memperolehi 25,409 atau 69.93%.

Fahmi mendakwa Ketua Umum PKR itu memperolehi majoriti 18,790 undi berbanding 17,710 ketika PRU14 yang lalu.

PRK itu diadakan selepas penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan pada 12 September lepas bagi membolehkan Anwar, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dalam usaha kembali ke Dewan Rakyat dan dilantik sebagai perdana menteri kelapan.

Pada PRU14 yang lalu, Danyal Balagopal yang juga bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia menang selesa dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datuk V.S. Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

BERITA LANJUT MENYUSUL