awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak salah rumah tanpa tingkap dengan aspek keselamatan - Bomba

Bernama
Bernama
22/12/2019
21:59 MYT
Tidak salah rumah tanpa tingkap dengan aspek keselamatan - Bomba
Pemilik rumah tanpa tingkap Mohammad Hanif Allah Pitchay, 42, menunjukkan rumahnya yang dibina tidak mempunyai tingkap. -Foto Bernama
Tiada kesalahan dari segi keselamatan bagi pembinaan rumah tanpa tingkap, selagi pemilik kediaman persendirian tahu mengendalikan sistem keselamatan kebakaran dan tidak menjalankan aktiviti berbahaya atau membuat stor penyimpanan gas di rumah, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Ruhisya Haris.
Katanya, mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984, tidak memperuntukkan mana-mana klausa yang berkaitan pintu dan tingkap, rumah taman dan sebagainya.
"Bomba hanya melihat melalui plan yang dikemukakan pihak arkitek dan pihak pemaju dari segi "party wall" iaitu dinding antara dua rumah, serta kedudukan pili bomba dengan jarak 90 meter pada awal pembinaan bangunan perumahan itu.
"Jika ada perubahan pada bangunan selepas rumah diduduki, pemeriksaan lanjut adalah di bawah tanggungjawab pihak pemaju itu sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.
Bernama sebelum ini melaporkan mengenai sebuah unik milik seorang kontraktor elektrik yang mengubah suai rumah miliknya dengan membuang kesemua tingkap rumahnya di Taman Koperasi dekat sini, selepas beberapa kali diceroboh pencuri pada 2017.
Rumah tersebut hanya mempunyai dua pintu iaitu pintu hadapan dan pintu belakang.
Ruhisya berkata beliau yakin, aspek keselamatan telah diambil kira pemilik rumah berkenaan namun jika terdapat unsur-unsur bahaya, pihaknya boleh mengeluarkan notis kepada pemilik rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#JBPM
#kebakaran
#keselamatan
#rumah tanpa tingkap
#Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan