Soal aset Tabung Haji (TH) diuruskan oleh ketua pegawai eksekutif bukan Islam tidak timbul kerana aset TH berkenaan dipindahkan kepada syarikat tujuan khas SPV, Urusharta Jamaah Sdn Bhd diketuai Izad Shahadi Mohd Sallehuddin yang dilantik sebagai CEO pada 2 April lalu, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh menjelaskan bahawa penubuhan SPV yang dimiliki oleh kerajaan dikenali sebagai UJSB itu bertujuan membantu mengambil alih aset-aset Lembaga Tabung Haji yang mengalami kejatuhan nilai bagi menutup jurang antara aset dan liabiliti TH.
"Pelantikan ini (Izad Shahadi) sebagai langkah pembentukan pasukan pengurusan di UJSB bagi memastikan kelangsungan proses pemulihan aset-aset yang dipindahkan TH.
"Maka tidak timbul isu pelantikan pegawai eksekutif bukan Islam yang bercanggah dengan Akta Tabung Haji," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Fahariyah Md Nordin.
Fuziah berkata dokumen yang digunakan untuk mengambil alih aset-aset ini adalah melalui Perjanjian Pemindahan Aset dan bukan melalui Perjanjian Jual Beli.
Timbalan menteri itu berkata kerajaan perlu mengambil alih aset-aset tersebut pada harga premium bagi menutup jurang defisit di antara aset dan liabiliti TH.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2019
FUZIAH: Tidak timbul isu pelantikan pegawai eksekutif bukan Islam yang bercanggah dengan Akta Tabung Haji.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Tidak timbul isu aset TH diurus oleh bukan Islam - Fuziah
Penubuhan SPV itu bertujuan membantu mengambil alih aset-aset Lembaga Tabung Haji yang mengalami kejatuhan nilai.