awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga anggota polis ditahan terlibat kes samun

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
28/12/2017
07:25 MYT
Tiga anggota polis ditahan terlibat kes samun
Kesemua empat suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini. - Gambar hiasan
Empat individu termasuk tiga anggota polis ditahan selepas dipercayai terlibat dalam satu kes samun tanpa senjata ke atas seorang lelaki yang melibatkan jumlah RM12,300 di Kampung Rapat, di sini, pada Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Abdul Rani Alias berkata, dalam kejadian sekitar 2 pagi itu, mangsa sedang berada di dalam rumahnya sebelum didatangi enam lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
“Kesemua suspek menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) seterusnya memanjat rumah berkenaan serta menyamun mangsa dan keluarga.
“Susulan laporan yang dibuat mangsa, sekitar jam 12 tengah hari hari sama, polis telah berjaya menangkap seorang lelaki di Jalan Tun Sambanthan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, Abdul Rani berkata, polis berjaya menangkap tiga lagi suspek di sekitar Ipoh.
“Empat tangkapan yang dibuat berusia sekitar 27 hingga 43 tahun. Seorang daripada mereka tiada pekerjaan, manakala dua lagi anggota polis dan seorang lagi merupakan pegawai kanan polis,” tambahnya.
Katanya, dalam tangkapan tersebut, pihaknya juga turut merampas wang tunai berjumlah RM1,500 daripada suspek serta kenderaan MPV yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
“Hasil siasatan mendapati, modus operandi kes ini adalah suspek menyamun mangsa dengan cara meminta wang darinya untuk melepaskan mangsa daripada dibawa ke balai, kerana disyaki rumah mangsa ada barang disyaki dadah," ujarnya.
Abdul Rani berkata, kesemua suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini.
"Kita sedang berusaha mengesan dua orang lagi suspek yang terlibat dalam kes ini,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Abdul Rani Alias
#Ipoh
#Kampung Rapat
#MPV
#polis
#reman
#samun
#senjata
#suspek
#wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan