Tiga beranak maut dirempuh kereta muatan ketum

Tiga beranak maut dirempuh kereta muatan ketum
Keadaan kereta yang masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh tiga beranak yang menaiki motosikal. - Sumber foto: Orang awam
KOTA BHARU: Tiga beranak maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kereta yang membawa muatan ketum di Kampung Nibong, Tanah Merah, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Nur Zurita Kadir, 26, dan dua anaknya Siti Husna Qaisara Adnan, 4, dan Muhammad Adam Mukhriz, 5, maut di tempat kejadian.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan dari arah Tanah Merah ke Jeli untuk menghantar anaknya ke sekolah tadika manakala pemandu kereta berkenaan dari arah bertentangan.
Ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dirempuh dari arah depan selepas pemandu kereta terbabit dikatakan masuk ke laluan mangsa.

Sementara itu, adik mangsa, Zulfadli Shah Kadir, 25, berkata, dia menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah kakak pada pagi tadi di rumah ibu kerana arwah dan anaknya menumpang mandi kerana tiada bekalan air di rumah," katanya.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat, manakala pemandu Proton Wira turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Tag: kenderaan muatan ketum, tiga beranak maut, kota bharu, dirempuh kereta, kemalangan maut, polis pdrm, mangsa kemalangan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.