Polis menumpaskan kegiatan pecah rumah dengan meninggalkan najis apabila menahan tiga individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang terlibat dengan beberapa kejadian jenayah itu di Bandar Tasik Puteri Kundang, Rawang.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata kesemua suspek berusia 34 hingga 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di Rawang dan Selayang dekat sini kira-kira 1 pagi Khamis.
"Modus operandi kumpulan ini adalah menggunakan pemutar skru mengumpil tingkap rumah atau tingkap tandas sebelum masuk ke dalam rumah mangsa.
"Setelah mengambil barang-barang berharga, suspek akan membuang air besar di tempat kejadian bagi tujuan menakut-nakutkan mangsa seolah-olah disihir," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Kumpulan yang diketuai seorang lelaki dikenali sebagai 'Cicak' itu akan menjual barang-barang hasil pecah rumah kepada kenalan mereka dengan harga sekitar RM50 hingga RM100, katanya.
Samsor berkata suspek menyewa teksi untuk bergerak mencari sasaran rumah-rumah untuk melakukan jenayah tersebut dengan tujuan mengaburi polis daripada mengesan kegiatan mereka.
BACA: Hasrat 'cinta' ditolak: Lelaki dipenjara seminggu sebab lumur najis sendiri ke muka wanita
Beliau berkata kumpulan berkenaan mula aktif sejak awal tahun ini, dengan kegiatan berkenaan akan dilakukan pada tengah malam sehingga awal pagi di kawasan sekitar Bandar Tasik Puteri Kundang.
"Dengan tangkapan berkenaan, polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah di kawasan itu. Ketiga-tiga suspek tidak bekerja dan mereka direman sehingga 16 Jan ini bagi membantu siasatan," katanya.
Beliau berkata seorang suspek lelaki mempunyai 12 rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah, kes jenayah dan dikehendaki polis.
Salah seorang lelaki tersebut juga didapati positif dadah jenis syabu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 10 2019
Dengan tangkapan berkenaan, polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah rumah di kawasan itu. - Gambar hiasan
Pintas Utama serah zakat perniagaan RM3 juta kepada Lembaga Zakat Selangor
Sultan Selangor berkenan mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM3 juta.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Tiga individu terlibat kes pecah rumah dengan tinggalkan najis ditahan
Kesemua suspek berusia 34 hingga 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis di Rawang dan Selayang dekat sini kira-kira 1 pagi Khamis.