awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga jenazah pelajar tahfiz selamat dikebumi

Bernama
Bernama
02/06/2017
23:25 MYT
Tiga jenazah pelajar tahfiz selamat dikebumi
Suasana sayu dan pilu menyelubungi pekarangan pusat tahfiz sebaik ketiga-tiga jenazah pelajar itu tiba dan ketika majlis pengebumian berlangsung. - Bernama
Tiga jenazah pelajar tahfiz yang maut dalam kemalangan di Km 55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Pusat Tahfiz Al-Hashimi, Kampung Tualang pada pukul 11.25 Jumaat malam.
Jenazah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18, Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16, dan Muhammad Hakimi Muhammad Dahalan, 17, sebelum itu disembahyangkan di masjid pusat tahfiz berkenaan selepas dibawa keluar secara berasingan daripada Jabatan Forensik Hospital Kuala Krai bermula pukul 9.30 malam semalam.
Jenazah Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, yang sebelum ini dikatakan akan dikebumikan bersama rakan-rakannya itu bagaimanapun dituntut oleh ibu bapanya yang baharu tiba dari Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Mangsa akan dikebumikan di kampung halamannya di Panji, Kota Bharu.
Sementara itu jenazah Muhammad Rahman Rozali, 18, dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Tok Dor Soh, Bachok, jenazah Ahmad Farhan Zulkifli, 14, dibawa pulang ke Dabong di sini manakala seorang pelajar warga Thailand, Sarifuddin Muhammad, 14, dibawa pulang ke Pattani.
Suasana sayu dan pilu menyelubungi pekarangan pusat tahfiz sebaik ketiga-tiga jenazah pelajar itu tiba dan ketika majlis pengebumian berlangsung.
Puluhan penduduk, para pelajar tahfiz dan anggota keluarga mangsa turut menyaksikan ketika ketiga-tiga jenazah diturunkan ke dalam liang lahad ketika hujan renyai-renyai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah
#kemalangan
#maahad
#mangsa
#maut
#pelajar
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan