awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga jenis ubat boleh diguna rawat COVID-19 - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
28/03/2020
20:33 MYT
Tiga jenis ubat boleh diguna rawat COVID-19 - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham berkata, bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19. - Gambar fail
Bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Beliau berkata bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19.
"Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal 'Multicenter Adaptive Solidarity trial - COVID-19' yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.
"NPRA akan menyediakan laluan 'expedited review' untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi.
Dr Noor Hisham berkata dalam situasi pandemik COVID-19 ketika ini, sekiranya bekalan daripada pihak pemegang pendaftaran sedia ada untuk ubat-ubatan tidak mencukupi, KKM masih boleh mendapatkan bekalan alternatif daripada produk yang tidak berdaftar dengan menggunakan pengecualian peruntukan undang-undang kelulusan khas Ketua Pengarah Kesihatan KKM.
KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan serta keberkesanan ubat-ubatan adalah terjamin demi kepentingan pesakit, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan ubat
#COVID-19
#Facebook
#Favipiravir
#import
#Kajian
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#Lopinavir
#Noor Hisham Abdullah
#pangkalan data
#Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
#produk berdaftar
#Remdesivir
#ubat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan