Skip to main content

Malaysia

Tiga kali tiada penularan jangkitan, ini antara tumpuan kenyataan KKM

81593966658_TBMASJIDINDIACOVID.jpg
Buat kali ketiga, Malaysia tidak mencatatkan sebarang kes penularan tempatan berkaitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara itu dalam kenyataan media perkembangan COVID-19, hari ini.

Berikut tumpuan kenyataan media KKM: 

1. Dua hari berturut-turut Malaysia tidak mencatatkan sebarang kes penularan tempatan. Semua enam kes baharu merupakan kes import - melibatkan lima warganegara dan satu bukan warganegara.

2. Sebanyak 13 kes telah sembuh dan dibenarkan discaj, menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 8,499 atau 97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

3. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula menurun kepada 63 kes berbanding hari sebelumnya.

4. Tiada sebarang kematian berkaitan COVID-19, jumlah kumulatif kematian kekal sebanyak 121 kes atau 1.39 peratus daripada keseluruhan kes.

5. Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur diisytihar tamat. Sehingga 9 Julai, 33 orang disaring terdiri daripada 16 warganegara Malaysia dan 17 bukan warganegara.

Advertisement

Must Watch Video