Tutup

Tiga kedai musnah dalam kebakaran awal pagi

Tiga kedai musnah dalam kebakaran awal pagi
Kebakaran melibatkan tiga buah kedai berkeluasan 120 kaki persegi. - Foto ihsan JBPM
KUALA LUMPUR: Tiga buah kedai musnah dalam kebakaran di Jalan Jinjang Utara, di sini, awal pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 1.33 pagi.

Seramai 34 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Sri Hartamas, Sentul, Hang Tuah, bersama empat jentera Fire Rescue Tender (FRT) dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran berlaku melibatkan tiga buah kedai berkeluasan 120 kaki persegi.
“Kebakaran bagaimanapun berjaya dikawal pada 2.15 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.