Tiga kereta rentung dalam kebakaran di bengkel

Tiga kereta rentung dalam kebakaran di bengkel
Sepasukan 10 anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 pagi. - Foto bomba
SANDAKAN: Tiga kereta rentung dalam kebakaran di sebuah bengkel membaiki kenderaan di Batu 3, dekat Sandakan, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, sebuah Proton Saga BLM, Toyota Prado dan Perodua Alza musnah terbakar.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, sepasukan 10 anggota dihantar ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.06 pagi.

Sebaik tiba di lokasi, api didapati sedang marak lalu anggota bertugas segera memadamkan kebakaran.

Pada jam 4.39 pagi, operasi dihentikan dan pemeriksaan awal mendapati kebakaran membabitkan tiga buah kenderaan yang musnah terbakar sepenuhnya.

Bagaimanapun, kejadian tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan bomba.



Tag: tiga kenderaan terbakar, Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, immy Lagung, Proton Saga BLM, Toyota Prad, Perodua Alza


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.