Polis menerima tiga lagi laporan daripada individu yang didakwa diperas ugut Pengerusi Badan Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk Seri R Sri Sanjeevan selepas beliau ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan selepas disyaki memeras ugut seorang pengendali judi ekor tanpa lesen.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kertas siasatan telahpun dibuka terhadap dakwaan-dakwaan itu.
"Selepas tangkapan Sanjeevan, tiga orang telah tampil membuat laporan polis dan memberitahu bahawa mereka juga diugut oleh Sanjeevan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Go-To-Safety-Point di Stesen Petronas Kolam Ayer Lama, di sini, hari ini.
Ketika ditanya pemberita sama ada ketiga-tiga individu berkenaan juga pemilik pusat hiburan, Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Pada Rabu, Sanjeevan ditahan bersama pemandunya, M Muthukumar, di kawasan Plaza Tol Nilai pada jam 10.50 malam di Nilai, Negeri Sembilan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti peras ugut.
Ia susulan laporan polis yang dibuat seorang pengadu bahawa Sanjeevan mengugut akan menyiarkan fitnah mengenainya melalui Facebook, jika tidak membayar wang perlindungan sebanyak RM25,000.
Suspek kini direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 385 kanun sama.
Astro Awani
Fri Jun 24 2016
Pada Rabu, Sanjeevan ditahan bersama pemandunya, M Muthukumar, di kawasan Plaza Tol Nilai pada jam 10.50 malam di Nilai, Negeri Sembilan. - Gambar fail
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
Kes tembak KLIA: Hafizul diberkas polis di Kota Bharu - KPN
Polis sudah memberkas suspek kes tembak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Tembakan di KLIA: Suspek disyaki guna pistol semi automatik
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang, pada Ahad, disyaki menggunakan pistol semi automatik kaliber 9mm.
Lelaki Israel miliki senjata api, 200 peluru didakwa esok
Seorang lelaki warga Israel yang ditahan di ibu negara kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru pada 27 Mac lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.