awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki bersenjata ditembak mati di ladang Jalan Kalabakan-Keningau

Bernama
Bernama
27/02/2018
11:00 MYT
Tiga lelaki bersenjata ditembak mati di ladang Jalan Kalabakan-Keningau
Polis menembak mati tiga lelaki bersenjata di kawasan ladang sawit di Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau, petang Selasa. - Foto Astro AWANI
Polis menembak mati tiga lelaki bersenjata di kawasan ladang sawit di Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau berhampiran bulatan Kalabakan dekat sini, petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian 3.20 petang itu, sepasukan polis berbalas tembakan dengan suspek yang dipercayai menggunakan senjata rifel dan revolver.
"Kejadian itu berlaku selepas sepasukan polis mengekori sebuah kereta kancil berwarna putih yang dinaiki tiga suspek dalam keadaan mencurigakan dan apabila suspek menyedari diekori polis kereta suspek memecut ke arah Batu 3 Kalabakan-Keningau dan membelok masuk ke sebuah ladang sawit sebelum berhenti.
"Semasa pasukan polis cuba mendekati kenderaan suspek, kelihatan suspek mengacukan senjata api dan telah melepaskan tembakan ke arah polis," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, salah seorang suspek melepaskan tembakan menggunakan senjata panjang ke arah polis sambil keluar dari kereta menuju ke kawasan kelapa sawit.
Fadil berkata polis belum mengenalpasti identiti suspek namun dua daripada suspek berusia 40-an.
"Selain senjata api dan kereta kancil, turut dirampas pedang samurai dan topeng," katanya.
Beliau berkata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai TImur Sabah (ESSCOM) Datuk DCP Hazani Ghazali akan mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu, pada esok ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berbalas tembakan
#ESSCom
#Kalabakan-Keningau
#lelaki bersenjata
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan