awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran bar di Switzerland mungkin berpunca daripada bunga api pada botol minuman - Pihak berkuasa
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki ditahan, jumpa mayat lelaki dengan kesan tembakan

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
24/02/2018
13:33 MYT
Tiga lelaki ditahan, jumpa mayat lelaki dengan kesan tembakan
Kesemua suspek ditahan bagi membantu kes yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Tiga suspek ditahan susulan penemuan mayat lelaki di kawasan hutan berhampiran hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bintang Hijau, Jalan Kupang di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, penahanan ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan dalam kes tersebut.
Jelasnya, kes siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Khamis lalu, mayat mangsa, Mohamad Haniff Mat Zabidi, 24 tahun, ditemui orang awam sekitar jam 4 petang dalam operasi mencari dan menyelemat yang dilancarkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Ahad lepas.
“Mayat mangsa ditemui oleh orang ramai yang mencarinya dan mayat tersebut telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi lanjutan proses bedah siasat,” kata Ismail ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelasnya lagi, polis sebelum ini dimaklumkan oleh ahli keluarga bahawa mangsa telah pergi ke hutan berhampiran untuk memburu namun tidak balik sejak Ahad.
Dalam pada itu, abang mangsa, Mohd Hazwan, 29 tahun, memberitahu aktiviti memikat burung merupakan hobi kegemaran adiknya dan ini bukan kali pertama mangsa pergi ke hutan berhampiran untuk tujuan itu.
“Saya tidak tahu mengenai kejadian adik saya hilang sejak Ahad lepas, sehinggalah saya pulang ke rumah di Kampung Charok Kapas, Baling bagi menguruskan jenazah ibu tiri yang meninggal pada Rabu lepas," katanya.
Menurut Hazwan lagi, motosikal adiknya turut ditemui dalam lokasi agak jauh dari lokasi mayat ditemui.
“Rasanya, adik saya meninggalkan motor miliknya di situ dan masuk ke hutan dengan berjalan kaki untuk memikat burung malah sehingga sekarang, kami sekeluarga tidak mengetahui sama ada dia masuk ke hutan itu berkumpulan atau berseorangan kerana dia tidak memaklumkannya sebelum masuk,” ujarnya lagi.
Jenazah mangsa yang merupakan anak kelima daripada enam beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Charok Kapas di Baling selepas solat Asar.
Menurut sumber, bedah siasat yang dijalankan menemui kesan tembakan di bahagian kepala mangsa.
Topic Berkaitan
#mayat lelaki
#memburu
#Mohamad Haniff Mat Zabidi
#R&R
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan