awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN lanjut tempoh permohonan pekerja asing hingga Mac 2026, majikan digesa mohon tanpa bantuan ejen
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
SoftBank lengkapkan pelaburan AS$40 bilion dalam OpenAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga lelaki, termasuk dua beranak didakwa edar dadah

Bernama
Bernama
29/12/2017
04:05 MYT
Tiga lelaki, termasuk dua beranak didakwa edar dadah
Tiga lelaki itu didakwa bersama-sama mengedar dadah di Kompleks Kargo MAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bayan Lepas, dekat sini pada 9 pagi, 17 Dis lepas. - Gambar hiasan
Dua beranak dan seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis Nimetazepam seberat 419.5 kg, dua minggu lalu.
Rushdi Ismail, 47, seorang penganggur dan anaknya, Muhammad Wafiy Ikhwan, 18, serta Razis Md Yusoff, 34, masing-masing bekerja sebagai ejen penghantaran, didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fadrina Zulkhairi.
Mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah itu di B-01, Blok B Kompleks Kargo MAS, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bayan Lepas, dekat sini pada 9 pagi, 17 Dis lepas.
Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia Abdul Malik Awang Kechik tidak menawarkan sebarang jaminan bagi kesemua tertuduh.
Mahkamah menetapkan 26 Feb depan untuk sebutan semula kes.
Peguam SN Rajan mewakili dua beranak itu manakala Razis tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#Bayan Lepas
#Dadah
#Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
#Mahkamah Majistret
#Nimetazepam
#penganggur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan