awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga mangsa culik warganegara Malaysia diselamatkan di Filipina

Bernama
Bernama
28/03/2017
02:09 MYT
Tiga mangsa culik warganegara Malaysia diselamatkan di Filipina
Mereka telah diselamatkan oleh Joint Task Force Sulu semasa menjalankan Full Force Military Operations di Sulu, Filipina pada hari Ahad.
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai tiga orang mangsa culik warganegara Malaysia di Filipina telah diselamatkan oleh Joint Task Force Sulu semasa menjalankan Full Force Military Operations di Sulu, Filipina pada hari Ahad, 26 Mac 2017.
Mangsa-mangsa tersebut, En. Fandy Bakran, En. Mohd Jumadil Rahim dan En. Mohd Ridzuan Ismail telah ditemui di Poblacion Punay, Panglima Estino, Sulu dan dihantar ke pusat perubatan tempatan bagi pemeriksaan kesihatan lanjut.
Kementerian Luar Negeri telah mengarahkan Kedutaan Besar Malaysia di Manila untuk bekerjasama dengan Kelab Putera 1Malaysia dalam usaha untuk membawa pulang ketiga-tiga mangsa tersebut.
Malaysia ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Republik Filipina di atas usaha menyelamatkan mangsa-mangsa culik warganegara Malaysia di Filipina.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik
#Filipina
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan