awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga mangsa kemalangan jalan raya dapat tangan elektronik 3D

Bernama
Bernama
14/10/2019
21:19 MYT
Tiga mangsa kemalangan jalan raya dapat tangan elektronik 3D
Proses mereka cipta tangan elektronik 3D memakan masa dan memerlukan Sujana (kiri) bertemu dengan mangsa untuk mengambil ukuran secara terperinci yang kemudian dimasukkan ke dalam komputer. --fotoBERNAMA
Ciptaan tangan elektronik cetakan 3D oleh pereka tangan robotik popular, Sujana Rejab memberi sinar harapan baharu kepada tiga mangsa kemalangan jalan raya yang hilang lengan beberapa tahun lalu.
Sujana yang telah menghasilkan lebih 50 anggota badan palsu manual untuk kanak-kanak yang memerlukan, mencipta tangan elektronik cetakan 3D itu melalui mesin percetakan 3D dan perisian Reka Bentuk Bantuan Computer (CAD) miliknya di Perak.
MISG Insurance (M) Bhd yang merupakan penaja bagi projek itu dalam kenyataan hari ini berkata tiga penerima bertuah itu ialah Mohamad Safian Abdullah, 27, dari Johor; Mukhtar Mahmud, 63; dan Muhammad Ridzuan Aniq Rozlan, 27, masing-masing dari Negeri Sembilan.
Pemilihan mereka dibuat sendiri oleh Sujana.
Menurut MISG, proses mereka cipta tangan elektronik 3D memakan masa dan memerlukan Sujana bertemu dengan mangsa untuk mengambil ukuran secara terperinci yang kemudian dimasukkan ke dalam komputer sebelum proses pengeluaran bahagian-bahagian menggunakan pencetak 3D.
"Proses ini boleh mengambil masa selama beberapa bulan, lebih-lebih lagi kerana perlu bertemu penerima yang berasal dari berlainan tempat secara bersemuka," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota badan palsu
#CAD
#cetakan 3D
#hilang lengan
#mangsa kemalangan
#mesin percetakan 3D
#MISG Insurance
#pereka
#perisian
#Reka Bentuk Bantuan Computer
#Sujana Rejab
#tangan elektronik
#tangan robotik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan