awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut dirempuh lori ikan

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
10/12/2017
08:05 MYT
Tiga maut dirempuh lori ikan
Keadaan kenderaan Honda HRV berikutan kemalangan berdekatan MRSM Lenggong di Perak, pagi tadi. - Astro AWANI
Tiga maut apabila kenderaan mereka dirempuh oleh sebuah lori membawa muatan ikan dalam kemalangan berhampiran lampu isyarat MRSM Lenggong, dekat sini hari ini.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (Bomba) Lenggong, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu sekitar jam 11.13 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.
Jelasnya, insiden membabitkan sebuah lori treler muatan ikan dan tiga buah kenderaan jenis Honda HRV, Nissan Grand Livina dan Toyota Hilux dan kesemua dipercayai dalam perjalanan ke Kelantan.
"Saksi kejadian memaklumkan bahawa lori tersebut telah merempuh bahagian belakang Honda HRV yang membawa tiga lelaki dan dua wanita dewasa.
BACA: Kemalangan Lenggong: Kanak-kanak kembar antara tiga beradik terkorban
Anggota Bomba dalam operasi menyelamat berikutan kemalangan berdekatan MRSM Lenggong di Perak, pagi tadi. - Astro AWANI
Anggota Bomba dalam operasi menyelamat berikutan kemalangan berdekatan MRSM Lenggong di Perak, pagi tadi. - Astro AWANI
"Berikutan impak rempuhan itu, dua lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Gerik bagi tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut beliau, insiden berkenaan turut melibatkan sebuah Nissan Grand Livina dan mangsa dikeluarkan oleh orang ramai, sebelum ketibaan bomba.
Treler yang melanggar kenderaan Honda HRV dalam insiden kemalangan pagi tadi. - Astro AWANI
Treler yang melanggar kenderaan Honda HRV dalam insiden kemalangan pagi tadi. - Astro AWANI
Tambahnya, kedua pemandu lori lelaki serta dua lagi pemandu dan penumpang Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Operasi memotong kenderaan dan mengeluarkan mangsa melibatkan bantuan Bomba Kuala Kangsar di mana dua buah jentera terlibat, tiga buah ambulans serta sebuah jentera EMRS Bomba.
"Keseluruhan operasi tamat sekitar 12.38 tengahari dan diketuai oleh Penolong Penguasa Bomba Mohd Anuar Mohd Saff," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#Grand Livina
#Honda HRV
#Hospital
#kemalangan
#kemalangan maut
#Kuala Kangsar
#Lenggong
#Toyota Hilux
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan