awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia kekal destinasi pelaburan terbaik di rantau ini - ABAC
NPL terkawal, kerajaan yakin jaminan kredit pacu PKS dan pelaburan - Amir Hamzah
RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut motosikal bergesel di LPT

Bernama
Bernama
26/01/2020
00:49 MYT
Tiga maut motosikal bergesel di LPT
Kemalangan dipercayai berpunca selepas lima buah motosikal yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Maran bergesel menyebabkan mereka terjatuh di lorong laju lebuh raya itu. - Gambar fail
Tiga lelaki maut selepas motosikal ditunggang mereka bergesel sesama sendiri dipercayai ketika berkonvoi di Kilometer 201 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Barat di sini, malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata kemalangan pada 9.05 malam berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang itu turut menyebabkan dua lagi penunggang motosikal parah.
Mereka yang maut ialah Azlee Mat Daud, 40, Muhammad Amirul Faris Abdullah, 25, dan Syamil Nazir@Nasir, 32, yang mana semuanya berasal dari daerah Maran, dekat sini.
"Kemalangan dipercayai berpunca selepas lima buah motosikal yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Maran bergesel menyebabkan mereka terjatuh di lorong laju lebuh raya itu," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Kamarulzaman berkata setakat ini, seorang mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai Mohd Hisham Sulaiman, 39, juga difahamkan dari Maran manakala identiti seorang lagi mangsa masih belum diperoleh.
Semua mangsa terlibat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bergesel
#Kamarulzaman Jusoh
#kemalangan
#konvoi
#lebuh raya
#Lebuhraya Pantai Timur
#lorong laju
#LPT
#Maran
#maut
#motosikal
#parah
#R&R Gambang
#terjatuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan