awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga maut tanah runtuh di Cameron Highlands

Astro Awani
Astro Awani
14/10/2018
11:03 MYT
Tiga maut tanah runtuh di Cameron Highlands
Anggota bomba dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands.
Dua wanita dan seorang lelaki warga Myanmar dipercayai maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 49, Kampung Tiga, Terla, Cameron Highlands.
Difahamkan, dua daripada mangsa merupakan pasangan suami isteri.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul ketika dihubungi memaklumkan, dua wanita yang maut itu adalah Naing Vai, 23 tahun dan Mu Aye Aye, 34 tahun.
Manakala mangsa ketiga dikenali sebagai Aung Thong, 23 tahun, yang hilang pagi tadi berjaya ditemui pada pukul 12.25 tengah hari 30 meter dari rumah mangsa.
Sebelum itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu sekitar pukul 11.03 pagi tadi dan hasil laporan awal yang diterima memaklumkan kes tanah runtuh tersebut menimpa rumah yang dipercayai dihuni oleh keluarga Myanmar.
Ketika kejadian berlaku ketiga-tiga mangsa dipercayai sedang tidur di rumah yang didirikan di cerun yang curam.
Operasi mencari dan menyelamat kejadia tanah runtuh itu kemudian tamat pada pukul 1.30 petang tadi.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#hilang
#lelaki
#maut
#Myanmar
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan