NATIONAL
Tiga mesin ATM diletupkan, RM300,000 lesap

Difahamkan, ketiga-tiga mesin itu diletup menggunakan bahan letupan sebelum wang tunai dianggarkan RM300,000 dilarikan. - Foto ihsan pembaca
Tiga mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di Jalan Haji Mustaffa Raja Kamala, di sini dipercayai diletupkan oleh sekumpulan perompak, pagi ini.
Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 6.30 pagi.
Difahamkan, ketiga-tiga mesin itu diletup menggunakan bahan letupan sebelum wang tunai dianggarkan RM300,000 dilarikan.
Pintu kaca hadapan bank berkenaan turut pecah dan terdapat tiga kesan tompokan darah, dipercayai milik suspek, akibat terkena kaca cermin terbabit.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihak bank memaklumkan sudah memasukkan RM300,000 ke dalam mesin ATM itu petang semalam.
Polis turut menemui cecair bahan kimia di kawasan parkir dipercayai bahan yang digunakan untuk meletupkan mesin ATM itu.
“Jumlah kerugian sebenar belum dipastikan lagi dan polis sedang menunggu unit forensik menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian,” katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami