Tutup

Tiga NGO buat laporan polis terhadap akhbar berbahasa Inggeris

Tiga NGO buat laporan polis terhadap akhbar berbahasa Inggeris
Abdul Rani Kulup (gambar) mewakili MJMM membuat laporan polis terhadap akhbar berkenaan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung penyiaran gambar umat Islam sedang solat Tarawih dengan tajuk utama ''Malaysian Terrorist Leader'' di muka depan akhbar itu, Sabtu lepas.

Laporan polis itu dibuat Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah, Pengerusi Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) Amir Amsaa Alla Pitchay dan Pengerusi Dewan Ekonomi dan Sosial Malaysia (DESMMA) Mohd Fazil Abdullah.
Amir Amsaa berkata penyiaran berita berkenaan dilihat sebagai tidak menghormati masyarakat Islam di negara ini dan boleh menimbulkan salah faham terhadap mereka.

"Tindakan akhbar itu menyiarkan berita sebegitu menunjukkan mereka tidak menghormati garis panduan yang telah ditetapkan KDN (Kementerian Dalam Negeri).
"Kami berharap agar KDN akan mengambil tindakan keras terhadap akhbar tersebut dengan menggantung lesen mereka buat sementara waktu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

Semalam, akhbar itu telah menyiarkan permohonan maaf di laman sesawangnya.

-- BERNAMA