awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pekerja resort di Pulau Tenggol dikhuatiri hilang di laut

Astro Awani
Astro Awani
31/07/2019
22:54 MYT
Tiga pekerja resort di Pulau Tenggol dikhuatiri hilang di laut
Polis telah membuka bilik gerakan bagi urusan mencari dan menyelamat mangsa. - Astro AWANI
Sebuah bot pelancong yang membawa tiga pekerja sebuah resort dikhuatiri hilang di Perairan Pulau Tenggol, di sini, pada Rabu.
Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke pulau tersebut untuk mengambil pelancong yang menginap di Tenggol Island Resort itu.
Mereka yang hilang dikenal pasti sebagai Mohd Hafiz Abdul Rahim, 22 tahun, Mohammad Firdaus Mohd Awalludin, 25 tahun, dan Fauzi Mohammad, 40 tahun.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah berkata, ketiga-tiga pekerja terbabit berlepas dari sebuah jeti di Kampung Seberang Pintasan pada jam 12.30 tengah hari.
Menurutnya, perjalanan dari jeti ke pulau dianggarkan mengambil masa selama hampir satu jam.
Namun sehingga jam 3.00 petang, pihak pengurusan resort mendapati kesemua mangsa tidak tiba di pulau itu dan usaha menghubungi mereka dengan menggunakan radio turut gagal.
Tiga pekerja resort di Pulau Tenggol yang hilang dalam kejadian pada Rabu, dari kiri, Mohamad Hafiz, Mohammad Firdaus dan Fauzi. - Astro AWANI
Tiga pekerja resort di Pulau Tenggol yang hilang dalam kejadian pada Rabu, dari kiri, Mohamad Hafiz, Mohammad Firdaus dan Fauzi. - Astro AWANI
Jelasnya, pihaknya menerima laporan berkenaan insiden tersebut pada jam 4.03 petang dan pusat kawalan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun telah diaktifkan bagi memantau perkembangan mangsa.
Pihaknya turut memaklumkan kepada agensi lain, termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan bomba, tambahnya.
Katanya, pencarian akan dilakukan pada pagi Khamis di sekitar perairan Pulau Tenggol.
Menurut Baharudin, Mohamad Hafiz dan Fauzi berasal dari Kampung Baru, Kuala Abang dekat sini, manakala Muhammad Firdaus pula berasal dari Kampung Parit Ibrahim Masjid, Simpang Renggam, Johor.
Topic Berkaitan
#bomba
#bot
#hilang
#jeti
#laut
#mangsa
#pekerja resort
#pelancong
#polis
#Pulau Tenggol
#Tenggol Island Resort
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan