NATIONAL
Tiga pelajar Malaysia maut kemalangan di Jordan

Mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu dirawat di Hospital Mafraq. - Gambar hiasan
Tiga pelajar Malaysia di Universiti Mu'tah, Jordan maut sementara dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya pagi tadi (waktu Jordan).
Menurut Facebook rasmi Education Malaysia Jordan kesemua pelajar itu yang menaiki sebuah kereta, dipercayai dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah.
Turut berada dalam kereta berkenaan ialah warga Jordan.
Mangsa yang terselamat dirawat di Hospital Mafraq.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami