awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk Kuching diminta siap siaga hadapi banjir ketika air pasang besar pada 2 dan 4 Jan
Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB
Cinebench 2026 dilancar dengan ujian penanda aras lebih tepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pelajar tajaan JPA luar negara menang anugerah

Bernama
Bernama
18/05/2020
23:05 MYT
Tiga pelajar tajaan JPA luar negara menang anugerah
Dari kiri: Nurul Izzati Mohamed, Nurul Iffa Nazirah Taini Achim dan Nuur Aqilah Izzati Othman merangkul kejayaan Class of 2020 Deparmental Award daripada Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science. - Facebook JPA
Tiga pelajar Malaysia tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menuntut Pengajian Ijazah Sarjana Muda Microbiologi di Michigan State University, Amerika Syarikat telah merangkul kejayaan Class of 2020 Deparmental Award daripada Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science.
JPA dalam satu kenyataan berkata ketiga-tiga pelajar tersebut ialah Nurul Izzati Mohamed, Nurul 'Iffa Nazirah Taini Achim, masing-masing menerima anugerah Dietrich C. Bauer Scholarship Award (High Honor Distinction), manakala Nuur Aqilah Izzati Othman pula Russel Duvall Endowed Scholarship Award (Research).
"Sebanyak lapan anugerah dipertandingkan dan tiga anugerah itu dibolot oleh pelajar-pelajar berkenaan. Penganugerahan ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik sepanjang tempoh pengajian dan kualiti serta potensi kajian yang dijalankan," menurut kenyataan itu.
Nurl Aqilah Izzati, 23, adalah penerima tunggal Anugerah Russel Duvall Endowed Scholarship dan penganugerahan itu berdasarkan penilaian panel terhadap pembentangan kajian Wheat Allergy: Do Wheat Genotypes Differ in Allergenicity.
Pelajar yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu juga menjalankan kajian bersama dengan pelajar peringkat Doktor Falsafah (PhD) untuk kajian bertajuk Transdermal Sensitization and Oral Elicitation of Anaphylaxis to Salt-Soluble Wheat Protein In An Adjuvant-Free Mouse Model of Wheat Allergy.
Menurut JPA, hebahan mengenai penganugerahan ketiga-tiga pelajar itu disiarkan dalam laman web rasmi Department of Microbiology and Molecular Genetics, College of Natural Science, Michigan State University.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#anugerah
#Ijazah Sarjana Muda Microbiologi
#Jabatan Perkhidmatan Awam
#JPA
#Malaysia
#Michigan State University
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan