Tiga pelajar lelaki Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar, dekat sini dilaporkan melarikan diri dari sekolah juvana itu selepas memecahkan pintu asrama mereka awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian jam 4.20 pagi itu, dua penghuni sekolah berkenaan menyedari kehilangan tiga rakan sebilik mereka berusia 17 hingga 18 tahun tersebut.
"Mereka kemudiannya memaklumkan kepada penyelia yang sedang melakukan rondaan rutin di sekitar asrama Tunas Bakti itu sebelum dia mengumpulkan semua penghuni untuk mengira jumlah mereka.
"Penyelia itu mendapati tiga daripada penghuni telah tiada dan mereka melancarkan gerakan mencari di sekitar Tunas Bakti serta kawasan Teluk Air Tawar, namun gagal sebelum melaporkan kepada polis," katanya di sini.
Katanya, pemeriksaan awal polis di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kunci telah dikopak pada satu daripada pintu asrama berkenaan dan tiga pelajar itu dipercayai melarikan diri melalui pintu tersebut sebelum keluar menggunakan pintu kedua berdekatan dengan padang sekolah yang didapati tidak berkunci.
Noorzainy berkata dua penghuni berusia 18 tahun itu dimasukkan ke sekolah berkenaan pada 27 Feb lepas kerana kesalahan dadah manakala remaja berusia 17 tahun tersebut dimasukkan pada 13 Feb lalu kerana mencuri.
Katanya, usaha mengesan tiga penghuni itu giat dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung tiga remaja itu agar menghubungi balai polis berhampuran.
Sementara itu, Noorzainy berkata seorang remaja wanita berusia 17 tahun ditahan bersama dua lagi wanita dan dua lelaki oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah SPU dalam Op Tapis semalam.
"Semua mereka yang berusia antara 17 hingga 30 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Kota Aur, dekat sini, pukul 6 petang semalam dan berdasarkan siasatan mereka menjadikan rumah berkenaan sebagai lokasi menghisap dadah," katanya.
Katanya, polis turut merampas tiga plastik lutsinar berisi dadah dipercayai heroin serta dua paket lutsinar dan dua keratan straw berisi dadah jenis syabu bersama mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 10 2018
Dua penghuni sekolah berkenaan menyedari kehilangan tiga rakan sebilik mereka berusia 17 hingga 18 tahun tersebut.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Polis tahan dua lelaki, rampas 1,064 pil yaba
Polis menahan seorang penganggur berusia 20-an di Kampung Cherang Melintang, Chabang Empat dan merampas 542 pil yaba dalam beg silang miliknya.
Kes dadah: Peniaga lega terlepas hukuman mati
Lim yang gembira dengan keputusan mahkamah sempat berterima kasih kepada peguam, K Mahendran, sebaik keputusan pendakwaan dibacakan hakim.
Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.
Malaysia sita RM990 juta harta berkaitan jenayah dadah sejak 2019 - Saifuddin Nasution
Malaysia kekal teguh melaksanakan strategi berkesan untuk memerangi ancaman jenayah dadah melalui penguatkuasaan undang-undang yang ketat.
Cubaan lelaki Thailand seludup 14,000 pil dadah di Langkawi gagal
Lelaki berusia berusia 42 tahun itu ditahan di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Feri Langkawi, pada jam 2.30 petang Rabu.
Op Tapis Khas 2: 5,041 ditahan, dadah bernilai lebih RM324,000 dirampas - Polis
Tangkapan dilakukan di 3,727 lokasi antaranya kawasan Felda, Felcra, projek Perumahan rakyat dan perkampungan nelayan.
Lelaki rosakkan barangan rumah angkara dadah
Polis Daerah Ampang Jaya menerima aduan daripada seorang wanita yang juga adik kandung suspek berhubung kejadian pada jam 4 petang.
Polis tembak tayar kereta dipandu suspek pengedar dadah
Dalam kejadian jam 9.35 malam itu, suspek yang memandu Toyota Hilux ditahan selepas 40 minit dikejar anggota Unit Kereta Peronda Polis.
Reman enam suspek terlibat sindiket dadah disambung tujuh hari
Sambung reman terhadap keenam-enam suspek berumur 40 dan 74 tahun itu bermula Selasa hingga 4 Mac ini.
Dadah bernilai RM4.02 juta dirampas, enam suspek ditahan
Suspek ditahan dalam tiga serbuan di sekitar Melaka, Johor dan Pahang pada 21 Feb lepas.